|
'Selangkah demi selangkah'
Merenenung ke arah Zulaikha semakin hari semakin menjadi tabiatnya setiap kali mereka berdua sedang belajar di perpustakaan menjelang peperiksaan akhir tahun yang akan tiba. Nampaknya Zulaikha tidak sedar akan kelakuan Sadeer kerana sedang memberi ketumpuan yang sepenuhnya untuk mengulang kaji. Sadeer melepaskan nafas yang panjang kerana sudah naik bosan mengulang kaji. Sejak empat jam yang lalu, mereka berdua asyik mengulang kaji sahaja, walaupun itu adalah niat mereka pada hari ini. Pada mulanya, mereka berdua sama sekali tidak merancang untuk mengulang kaji bersama-sama. Tiga hari yang lalu, Zulaikha terserempak dengan Sadeer yang sedang tidur dengan buku-bukunya berselerak di atas meja. Zulaikha agak kasihankan Sadeer kerana penat mengulang kaji seorang diri dan menawarkannya jikalau dia boleh ikut mengulang kaji bersama-sama. Sadeer sebenarnya hanya mahu mengulang kaji pada hari itu sahaja kerana ibunya memaksanya keluar rumah untuk mengulang kaji di perpustakaan. Entah bagaimana tiba-tiba setiap hari badannya rajin untuk pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama Zulaikha.
Sadeer tersenyum dan tertawa sendirian setiap kali Zulaikha mendapati kesusahan memahami apa yang sedang dibaca, sehingga tumpuan Zulaikha tertukar kepadanya. Dengan serta-merta Sadeer berpaling ke arah lain dan cuba melangsungkan ulang kajinya. Zulaikha agak pelik dengan kelakuannya dan tidak mengambil endah. Sadeer melepaskan lagi nafas yang panjang buat kali kedua pada hari itu hanya untuk mendapati tumpuannya kembali ke arah Zulaikha. Jikalau orang luar melihat mereka berdua, mereka mungkin bergeli hati dengan kelakuan Sadeer yang sungguh jelas. Malangnya, Sadeer sendiri masih kurang faham akan apa yang sedang dirasakan di dalam hatinya.
"Sadeer, awak sudah selesai ulang kaji ke? Banyak waktu awak hingga ada waktu untuk asyik merenung saya dari tadi?" Zulaikha menegur.
Terkejut juga Sadeer mendengar kata-kata itu dari Zulaikha sehingga tidak dapat mengeluarkan apa-apa kata untuk menjawabnya, bagaikan lidahnya tercepit. Zulaikha tertawa melihat reaksi Sadeer kerana tertangkap asyik merenungnya. Sadeer hanya berdiam diri dan cuba melangsungkan ulang kajinya buat kali yang, tidak terkira. Zulaikha agak aneh juga dengan kelakuan Sadeer pada hari ini kerana dia hanya sedar akan kelakuan Sadeer yang suka merenungnya hari ini. Zulaikha sendiri memang selesa belajar dengan Sadeer kerana dia memang seorang yang senyap. Agak malas sedikit tetapi memang cerdik dalam subjek math dan sains, subjek yang beliau sendiri agak lemah. Zulaikha pula fasih dengan bahasa, bahasa Inggeris ataupun Melayu, subjek yang Sadeer sendiri agak tidak suka. Seperti pinang dibelah dua, tetapi dalam konteks pelajaraan.
"Sebenarnya saya suka merenung wajah awak, jangan tanya mengapa. Saya memang suka sahaja. Entah kenapa." Sadeer mengaku.
Zulaikha pula yang terkejut dengan kata-kata Sadeer kali ini kerana tidak mengharapkan kata-kata tersebut dari mulutnya. Hatinya terasa seperti diperas dengan sesuatu yang kuat, memori-memori yang ingin dilupakannya melintas mindanya dengan cepat. Tidak disedari Zulaikha, butir-butir air mata mula berlinang di kelopak matanya, mengancam untuk membasahi pipinya. Sadeer memaling mukanya ke arah Zulaikha hanya untuk terperanjat melihat keadaan Zulaikha. Bermacam-macam soalan terlintas di minda Sadeer, semuanya menanya dirinya jikalau dia telah melafaskan kata-kata yang keras. Sadeer terduduk buntu tidak tahu akan apa yang dapat dilakukannya untuk cuba menenangkan Zulaikha. Hanya dengan mengikuti bisikan hatinya, tangannya segera ke pipi Zulaikha untuk mencuba mengesat air mata yang sudah pun membasahi pipinya yang gebu. Sentuhan lembut dari Sadeer serta-merta menenangkan emosi Zulaikha, membuatnya hanya tersedu-sedu sahaja. Selepas menyedari apa yang telah dilakukannya, Sadeer cuba menarik kembali tangannya hanya untuk digenggam kuat oleh Zulaikha, memohonnya untuk bersamanya.
"Maafkan saya, entah kenapa tiba-tiba saya teringat akan kisah silam saya dengan teman lelaki saya yang lalu. Jangan risau. Awak tidak berbuat apa-apa yang menyinggung perasaan saya." Zulaikha berkata, cuba menerangi kelakuannya dengan perlahan-lahan.
"Saya faham, walaupun saya tidak begitu fasih tentang masa silam awak, saya tidak kisah berada disisi awak jikalau awak inginkan seorang teman untuk berkongsi masalah. Harap kata-kata ini dapat menenangkan perasaan awak." Sadeer mejawab. Perkataan tersebut tidak terlintas di dalam minda Sadeer tetapi hanya mengikuti sahaja apa yang dibisik hatinya.
Semua yang telah berlaku agak aneh dan pelik untuk dirinya tetapi Sadeer agak selesa dengan jarak mereka berdua. Zulaikha sedikit demi sedikit mula bertenang semula dan memberi senyuman manis kepada Sadeer. Zulaikha menceritakan kepada Sadeer tentang bekas teman lelakinya yang mengatakan kata-kata tersebut pada permulaan perhubungan mereka tetapi melarikan diri dengan wanita lain yang lebih jelita darinya. Sadeer agak marah dengan sikap bekas teman lelakinya kerana sanggup membuat Zulaikha seperti itu. Agak pelik juga Sadeer kerana pada pendapatnya, Zulaikha memang agak menawan walaupun tidak menggunakan apa-apa alat solekan. Wajah semulajadi. Sama ada itu atau dirinya sudah terpaut hati kepada Zulaikha tanpa disedarinya.
"Walaupun saya telah terguris hati awak dengan tidak sengaja, saya harap awak dapat maafkan apa-apa yang dikatakan saya sehingga membuat awak menangis." kata Sadeer.
Zulaikha hanya menganggukkan kepala kerana beliau tahu Sadeer tidak akan berhenti meminta maaf jika dia cuba mengatakan yang sebaliknya. Mereka berdua tidak sedar bahawa masa pun sudah lanjut ke malam dan mula bersiap-siap untuk beredar dari situ. Buku-buku rujukan dikembalikan dan alat-alat tulisan dikemaskan. Semua ini dibuat dengan cara yang senyap kerana kedua-duanya sedang mengelamun memikirkan tentang apa yang telah terjadi tadi. Sadeer agak runsing dengan apa yang dirasakan hatinya kerana ia sesuatu yang tidak biasa dihadapinya. Zulaikha pula mula menyoal dirinya tentang apakah perhubungannya dengan Sadeer selepas kata-katanya tadi. Selepas berkemas, mereka mula perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Kebetulan, Zulaikha dan Sadeer tinggal di blok yang sama.
"Apa yang saya bilang awak tadi, tentang kenapa saya suka merenung wajah awak, saya tidak akan menafikannya." Sadeer berkata, nadanya agak tegang.
"Maksud awak?" Zulaikha tertanya, semakin pening memikirkan perhubungan mereka berdua.
"Saya tidak dapat boleh mengatakan bahawa saya cintakan awak kerana kita berdua masih belum kenal sesama sendiri tetapi saya ingin mencuba mencintai awak, itu pun jikalau awak membenarkan saya." Sadeer berterus terang, merasa agak kesal sedikit dengan apa yang dilafaskan.
Zulaikha hanya berdiam diri, seribu satu emosi di dalam hatinya. Zulaikha tidak dapat percaya dengan pengakuan Sadeer dan terpaksa berdiri terpaku ke tanah. Sadeer merasa begitu kesal dengan kata-katanya tadi, gelisah kerana takut Zulaikha tidak setuju dengan rundingannya. Hatinya seperti ditusuk seribu jarum, kakinya sepeti tidak mahu lagi berfungsi. Dengan rasa sebak, Sadeer mempercepatkan langkahnya kerana tidak dapat lagi menahan kesedihannya. Pertama kali sejak seumur hidupnya, tangisan membasahi pipinya, Sadeer tidak dapat lagi menahan air matanya. Untuk pertama kalinya, niatnya telah ditolak dan dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Beberapa jarak jauh di hadapan Zulaikha, Sadeer jatuh rebah ke lutut menggenggam begnya dengan ketat. Sadeer tidak sedar bahawa perasaan di dalam hatinya bukan hanya rasa suka tetapi rasa cinta yang telah terhimpun di benak hatinya semenjak dia kenal Zulaikha pada permulaan sekolah dahulu. Sadeer tidak tahu akan apa itu rasa cinta dan cuba mengetepikan emosi itu semenjak kemunculan Zulaikha di dalam hidupnya, memikirkan ia hanya sesuatu yang sementara. Sadeer duduk rebah di lantai, tidak dapat menahan kesedihannya yang begitu pedih.
Zulaikha tidak bermaksud untuk menolak pengakuan Sadeer dan tidak sedar bahawa perasaan Sadeer terhadapnya begitu kuat sehingga membuat Sadeer rebah begitu. Dia memang sudah lama tertarik dengan Sadeer tetapi malu dan takut untuk meluahkan rasa hatinya. Hatinya menyuruhnya untuk pergi ke pangkuan Sadeer tetapi mindanya berkata sebaliknya. Pertama kali di dalam seumur hidup Zulaikha, dia mengikut kata-kata hatinya dan gesa ke Sadeer untuk memeluknya yang sedang berlutut ke tanah. Badannya yang seperti dibelengu salji serta-merta merasai kehangatan apabila didakap Zulaikha. Zulaikha tidak bercakap apa-apa, hanya untuk membalas perasaan Sadeer.
"Saya ambil kembali apa yang saya katakan tadi kerana dengan kata-kata itu, awak tidak akan berteman dengan saya lagi. Saya lebih rela membunuh rasa cinta saya jika ia dapat membuat anda kembali menjadi teman saya." Sadeer berkata, teresak-esak.
"Jangan awak katakan itu semua, saya tidak bermaksud menolak pengakuan anda. Saya cuma tidak dapat mempercayai bahawa awak mencintai saya seperti itu. Saya sudah lama tertaruh hati dengan awak, cuma tidak berani untuk memberitahu sahaja." Zulaikha mengaku.
Sadeer mula mengesat air matanya dan cuba melihat raut muka Zulaikha untuk mencari kepastian akan kata-katanya. Wajahnya tidak menunjuk kepalsuan dan ini membuat Sadeer lega akan tindakannya untuk mengakui perasaannya.
"Jikalau awak bersependapat dengan saya, mengapa awak berdiam diri sahaja tadi?" Sadeer bertanya.
"Bagaimana saya hendak menjawab permintaan awak? Saya sendiri tidak mengharapkan awak menyukai saya juga. Pengakuan awak agak memeranjatkan saya juga." Zulaikha berkata dan ketawa kecil.
Memarahi dirinya sendiri kerana tidak mempunyai keberanian, Sadeer hanya dapat tersenyum sipu kerana tidak menunggu jawapan Zulaikha, malah dia melarikan diri begitu sahaja. Agak kesal juga dengan tindakan beliau. Melihat Sadeer tersenyum, Zulaikha pun ikut tersenyum, lega dengan kesimpulan kejadian ini. Sadeer mencapai tangan Zulaikha dan mengenggamnya dengan kuat, meyakinkan Zulaikha akan pengakuannya tadi.
"Ke arah mana perhubungan kita akan dibawa?" Zulaikha menyoal, ingin tahu tentang masa depan mereka.
"Kita ambil selangkah demi selangkah. Dari situ kita lihat ke mana kita berdua menuju."
|
"Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never met — unknown
This layout was made by Deathcab★
with the help of hokairotciv's basecodes, an
icon by thebikiniboy and inspiration from wordboner. All rights reserved.
|
|